KATEGORI MURID
DefinisI
Murid bermasalah pembelajaran merupakan
murid yang telah
dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal
sebagai permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran.
Permasalahan yang
dialami boleh dikategorikan mengikut
tahap kefungsian murid-murid dalam
kebolehan-kebolehan
fizikal, intelek, emosi dan sosial.
Murid-murid ini juga mempunyai
keistimewaan yang berbeza
dari segi bakat, kebolehan dan kemampuan, seterusnya
memerlukan program pendidikan khas untuk mengoptimakan
potensi mereka.
dengan Keperluan Khas Bermasalah
Pembelajaran adalah
merupakan golongan kanak-kanak yang telah dikenalpasti
dan
disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai
mengalami kecacatan yang
boleh mengganggu proses
pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh
dikategorikan
mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam
kebolehan- kebolehan berikut:
·
Kebolehan
kognitif
·
Tingkah
laku sosial/ perkembangan sosial
·
Penguasaan
membaca
·
Penguasaan
bahasa lisan/ pertuturan
·
Kemahiran
perkembangan
·
Kemahiran
Matematik
JENIS-JENIS MASALAH PEMBELAJARAN
·
Sindrom
Down
·
Autisme
·
Haiperaktif
·
Terencat
akal
·
Disleksia
·
Pintar
cerdas
·
Masalah
pertuturan
·
Masalah
Emosi
·
Spina
Bifida
·
Masalah
tingkah Laku
CIRI-CIRI BERMASALAH PEMBELAJARAN
Ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas
bermasalah
pemobelajaran dapat dibahagikan kepada ciri-ciri
umum dan ciri-ciri
mengikut kategori kanak-kanak
bermasalah pembelajaran.
Ciri –ciri umum
kanak-kanak berkeperluan
khas bermasalah
pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga ciri
utama iaitu:
a.
Ciri-ciri
fizikal
·
Bentuk
badan, berat badan, dan koordinasi motor
kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dibandingkan
dengan kanak-kanak normal.Walaubagaimanapun,
kanak-kanak yang
mempunyai rendah keupayaan mental
disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah
lebih
kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
b.
Ciri-ciri
intelek
·
Terdapat
kelewatan dalam perkembangan
kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang
diperlukan dalam pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh,
mereka mempunyai
rendah daya ingatan, kebolehan dalam
bidang generalisasi, kemahiran bahasa,
kebolehan dalam
bidang pengamatan dan pengkonsepan dan kebolehan
berbentuk
kreatif .
·
Kesedian
belajar dan keupayaan menerima
pelajaran bagi kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran
tidak sama dengan kanak-kanak biasa berumur 6 tahun
pada peringkat
umur 8 tahun lebih.
c.
Ciri-ciri
sosial dan peribadi
·
Mempunyai
bidang perhatian yang singkat atau
kurang tumpuan terhadap sesuatu
·
Mudah
kecewa disebabkan pengalaman kegagalan
yang berulang-ulang hasil daripada
pengharapan
masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur
kronologi
mereka.
·
Sikap
dan nilai sosial mereka tidak selaras dengan
tingkahlaku kanak-kanak biasa
·
Minat mereka adalah selaras dengan
kanak-kanak yang
mempunyai mental yang sama dengan mereka.
No comments:
Post a Comment