AKTIVITI

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH SK KOTA KEMUNING

Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Kota Kemuning dilaksanakan pada tarikh 24 Mei 2015. Sukaneka murid Pendidikan Khas dijalankan pada 19 Mei 2015. Berikut merupakan aktiviti sepanjang sukaneka berlangsung.














Murid Pendidikan Khas juga terlibat dalam perbarisan kontingen PPKI bertemakan adiwira ZORRO yang diketuai oleh Yuguneswaran a/l Purbakaran. 











Murid Pendidikan Khas juga melibatkan diri dalam acara balapan larian 100m lelaki dan perempuan, 50m lelaki dan perempuan. Bagi acara 100m lelaki, tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Mulya. Naib Johan disandang oleh Yugunesvaran dan Johan disandang oleh Muhammad Syahmi. Bagi acara 100 m perempuan, tempat ketiga dimenangi oleh Nurin Firzanah. Naib Johan disandang oleh Siti Nuraisyah, Johan disandang oleh Nor Hardina. Bagi acara 50m lelaki, tempat ketiga disandang oleh Adam Haris. Naib Johan disandang oleh Nazrin Haikal dan Johan bagi acara larian 50m lelaki disandang oleh Ng Xiang Loong. Bagi acara 50m perempuan, tempat ketiga disandang oleh Nor Eva Natasya. Naib Johan disandang oleh Khairunnisa dan Johan bagi acara larian 50 m perempuan disandang oleh Nur kHadijah. Tahniah diucapkan!














MENANAM POKOK

Program menanam pokok dijalankan pada 8 Mei 2015 di Sekolah Kebangsaan Kota Kemuning. Pokok hutan dan pokok buah-buahan ditanam oleh seluruh warga Sk Kota Kemuning. Murid Pendidikan Khas juga terlibat dalam program penanaman pokok dengan dibantu oleh guru-guru dan ppm:)











LAWATAN KE ZOO NEGARA

Lawatan ke Zoo Negara pada tarikh 5 Mei 2015. Semua murid didedahkan dengan terapi luar bilik darjah di Zoo Negara. Selamat bertemu dengan haiwan-haiwan liar di Zoo :)



PERTANDINGAN PETANQUE DAERAH KLANG

Pertandingan Petanque dijalankan pada tarikh 9 April 2015. Seramai 3 orang murid yang menyertai pertandingan Petanque mewakili SK Kota Kemuning ke peringkat Daerah Klang. Murid yang menyertai pertandingan ialah Muhammad Syahmi, Nik Aqhmal Muqri dan Muhammad Hafis Danial. Tahniah diucapkan!




FUTSAL DAERAH KLANG

Kejohanan Futsal Daerah Klang diadakan pada 5 Mac 2015. Seramai 7 orang murid Pendidikan Khas yang terlibat mewakili Sk Kota Kemuning dalam menyertai Kejohanan Futsal peringkat Daerah Klang ini. Tahniah diucapkan!







TERAPI BOWLING

Terapi Bowling diadakan sebanyak 5 kali dalam setahun. Terapi Bowling dijalankan di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Seramai 21 orang murid terlibat dalam menyertai terapi bowling. Berikut adalah aktiviti-aktiviti terapi bowling yang dijalankan sepanjang tahun ini.













TERAPI RENANG 

Terapi Renang diadakan setiap bulan bertempat di Golf and Country Resort Kota Kemuning, Seksyen 32. . Terapi diadakan sebanyak 10 sesi dalam setahun. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi terapi dilaksanakan. Objektif Terapi renang dijalankan ialah untuk membina keyakinan diri di dalam air, membantu dalam perkembangan koordinasi otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan, dan membantu murid untuk mengenal dunia luar dan mengembangkan kemahiran sosialisasi antara murid dan orang lain.








BOWLING SPORT PERINGKAT DAERAH KLANG

Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Klang 2015. Pertandingan ini diadakan pada tarikh 4 Februari 2015.  Murid yang terlibat mewakili Sk Kota Kemuning ialah Muhammad Syahmi, Muhammad Aiman Hakim, Nor Hardina dan Nurin Firzanah. Tahniah diucapkan!













HARI KANAK-KANAK SKKK

SUKANEKA

Sukaneka murid-murid PPKI SK Kota Kemuning. Pelbagai acara dan aktiviti dijalankan sempena hari kanak-kanak 13 November 2014.








TARIAN FROZEN

Persembahan TARIAN FROZEN oleh murid PPKI mendapat tempat KEDUA daripada semua persembahan warga sekolah SK Kota Kemuning. TAHNIAH!






KEJOHANAN MERENTAS DESA

Kejohanan Merentas Desa berlangsung pada 23 Januari 2015. Murid PPKI juga turut melibatkan diri dalam kejohanan tersebut.













MESYUARAT IBU BAPA PPKI

Mesyuarat Ibu Bapa PPKI berlangsung pada 24 Januari 2014 (sabtu). Sambutan ibu bapa begitu memberangsangkan. Terima kasih para ibu bapa kerana prihatin terhadap anak-anak istimewa ini. Setiap murid berpeluang untuk belajar, setiap murid mempunyai bakat yang berbeza, setiap murid juga berpeluang untuk berjaya!





MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul SK Kota Kemuning pada 30 Januari 2015. Aktiviti yang dijalankan ialah bacaan Yasin, Solat Dhuha dan aktiviti memanah.





Murid PPKI juga turut serta melakukan solat dhuha bersama murid-murid SKKK


Bacaan Yasin


Memanah adalah satu terapi terbaik kerana ini merupakan 
sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SHAHIDA

Salam perpisahan Cikgu Shida. Selamat berkhidmat di sekolah baharu. Doakan kami terus menaikkan nama PPKI SKKK. Jangan lupakan kami ya! 





No comments:

Post a Comment